Sunday 22 December 2013

Aku masih di sini

Hari ni weekend pertama aku sejak cuti mid sem dulu,..tu pon sebab study week,..merasa lah aku cuti,… Dah lama tak merasa kewujudan  Mr. Weekend tu,..huhu,..Yeayyyyyyyyy!!!!!!!

Cuti,…asyik bizi je memanjang,..so hari ni bangun lewat sikit,..bangun pastu dhuha, mathurat dan Facebook,..biasalah,..antara ruang informasi buat aku,..

Dalam kesibukan FB, study sikit je,..layan youtube sampai ke malam,..(aku mengaku hari ni aku sangat lalai) lepas isyak pon FB lagi,..tiba-tiba kat news feed tu, terjumpa gambar adik ni,..





Entah aku tersentuh tengok adik ni,..mengalir air mata,..

Aku masih lalai,..
Saudara ku di sana, kecil-kecil sudah menemui syahid,
Masih bayi, dijemput berjumpa Tuhan kembali,..

Aku??
Aku???
Aku????????????

Ya, aku masih di sini..
Masih dalam kepekatan jahiliyyah…
Masih dalam kealpaan, dihimpit rasa senang,..
Bahagia dengan dunia,..

Maut di depanku, tapi aku tak nampak,..
Acap kali makhluk bersayap itu melihat aku setiap detik,
Merasa kebingungan, “apa manusia ini tidak takut?”
Akhirat??  Ahh!!  Bagiku itu jauh sekali,..
Mati??  itu masih panjang,..! 

Aku sombong,…sombong dengan Tuhan,..
Banyak nikmat diberikan, hati masih meminta,..
Mata buta, masih tercari-cari nikmat sebenar,..

Siapa aku??

Insan buangan syurga,..lahir dari setitis mani,..
Hina,..
Namun,…mengapa aku memandang manusia tanpa belas??
Memandang syahid saudara sendiri tanpa hati,..
Mulia sangatkah aku??


Jika peduli, di mana aku??
Saudara ku meminta pertolongan, memanggil-manggil aku,
Bukan untuk diberikan makanan, pakaian atau pandangan kasihan,..
Tapi cukuplah dengan doa,..
Hanya doa,..
Mudah kalian dengar,
Tapi aku tak mampu,..

Aku lalai,..sibuk dengan dunia,..
Tak peduli apa keadaan adik-adikku di sana?
Kakak-kakak, abang-abang aku di sana,..
Ibu-ibu, ayah-ayah,…
Apa sudah makan belum??
Air takungan mana yang kalian minum hari ini??
Makanan dari rumput mana kalian jamah hari ini??
Peluru senjata apa yang membedil tubuh kalian hari ini??
Askar laknat mana yang menendang kalian hari ini??
Apa yang membuat kalian mengangis hari ini??
Sihatkah kalian??  

Maaf,..anakanda tak bisa berbuat apa-apa,..
Anakanda mohon, jangan kalian sebut ku di akhirat kelak,..
Untuk diminta pertanggungjawaban,..


Anakanda mohon, lepaskan anakanda dari tangungjawab ini,..
Lepaskan,..
Lepaskan,..
Lepaskan,..

Tuesday 19 November 2013

Owh,…..Dating!!

(Mereka adalah) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini sia-sia; Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka".
(Surah Ali-Imran: 191)

Alhamdulillah,..ada akhwat ajak keluar jalan-jalan kat tasik petang tadi,..saja, satu cara riadah, tadabbur alam sambil baca terjemahan,..menikmati petang yang indah,..

Naik motor pinjam,..hanya berdua. Pada mulanya, rancang nak jalan-jalan kat tasik, tapi Allah dah tetapkan, kami dating kat tempat lain,..lagi best!!

Taraaaaaa!!!


Cantik kan tempat ni??


Mula bukak cerita, akhwat suruh aku cerita, share apa-apa,…ye, apa-apa je,..

**Alamak,…part ni yang paling tak best,..nak cerita apa hah??  Aku dah lupekan almost 18 tahun pertama aku kat dunia ni,..malas dah nak ingat,..malu,..zaman gelap,.. Bagi aku, hidup aku baru je nak start,..**

“Hmmm,..tak tahulah nak cerita apa,..”

“Alaaa,..cerita je lah. Macam mana nak kenal Fatin kalau tak nak cerita,..”

**nak kenal??  Hahaha,..Alamak,..aku pun tak kenal diri aku exactly,..macam mana, hah??**

Then, its okay. Dia yang cerita pasal life dia, pengalaman hijrah  dia, dan lain-lain,..menarik sangat!! Sampai nangis,..memang, hati orang beriman memang lembut bila sebut pasal Allah,..lagi-lagi tempat yang tak ada orang,..

Sebenarnya hidayah tu dekat. Tapi sejauh mana kita melihat tanda-tanda kekuasaan Allah??
Dia ada share ayat ni :

“allah s.w.t telah meninggikan langit tanpa tiang (sepertimana) yg kamu lihat..”
Surah ar-ra’d : 2


Betul, kalau kita tengok bangunan cantik-cantik, kita selalu cakap macam ni,

“Wah,..hebatlah arkitek ni,..pandai dia design,..cantik doh!!”

“Wow,..unik bangunan ni,..terer engineer dia,..macam mana diorang boleh terfikir hah??”

“Fulamak,..bangunan ni hebat ah!! Mesti mahal kos dia,..kaya betul pemilik dia…”

TAPI, pernah kita tengok langit, sambil puji-puji penciptanya??


~~ binaan yang kukuh ~~


Dalam banyak-banyak arkitek dunia, pernah tengok bangunan tanpa tiang?? KLCC, Menara KL, Eiffel Tower, menara condong teluk intan **eh???** semua tu ada tiang,..tiada siapa mampu melawan kuasa Allah,..Bila Allah cakap jadi, maka jadilah!!  (36:82)

Ayat share lagi,

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.”                                                                 Ar-Ra’d (13:4)






Betul jugak, kita semua tahu, bila air hujan turun, semua pokok akan dapat air hujan yang sama,..
TAPI, aku tak pernah pulak terfikir macam tu,..tak de pokok yang Allah ciptakan sama, walaupun pokok tu duduk sebelah-sebelah je,..cuba korang tengok luar tingkap, ada pokok yang sama??
Ye, pokok-pokok tu dapat air hujan yang sama, jenis tanah yang sama, tapi masih aja berbeza cabangnya,..Maha Suci Allah,..Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu,.. Maha Bijaksana,..


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Surah Al-A'raaf 7 : 179)

Kita tak nak jadi binatang ternak kan??

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman 55 : 13)

Wah,..best lah ‘dating’ petang-petang macam ni,..

Next, siapa nak lagi?? Jom, set date!!


Monday 18 November 2013

Islam?? Hahhahaha,...Pergi masjid lah!!

Pernah dengar orang cakap macam tu??  Hmmm,,..sebenarnya mereka tak faham,..masih belum faham. Islam bukan macam Kristian, penganut Kristian cuma rasa mereka beragama, bila  dalam gereja,…kalau keluar gereja, mereka free,..bebas,…suka hati je nak buat apa pun,..

Kita tak nak lah Islam pun jadi macam tu,…Islam tu cara hidup,..setiap nafas kita, ada Islam,..setiap dengupan jantung, ada Islam,..sweet kan??

Islam dah ajar cara hidup dalam keadaan macam-macam,…dari sekecil-kecil hal nak masuk toilet, sampai hal besar dalam pentadbiran Negara,…Islam dah ada garis panduan yang tersendiri,…terpulang pada kita, nak ikut ke tak,..

eh. Terpulang??? Hah!  Tak lah,…kena ikut,..tak boleh ikut hati,..


“Wahai Tuhan, Demi kebesaranMu, akan ku sesatkan seluruh anak Adam!”

Sad (38:82)


 Alhamdulillah,…dah 8 tahun aku tak merasa sepak bola, tiba-tiba ada invitation lawan fulsal antara persatuan yang bernaung bawah Royal Institute of Surveyor Malaysia (RISM). Maka, apabila pucuk dicita, pokok rambutan mendatang, aku terus terima.

Tapi yang ajak aku student pentadbiran tanah (LADS), aku pulak student pengurusan harta tanah (PEHARTA),…Macam tak seronok lah kalau aku masuk jadi wakil persatuan lain, tiba-tiba nak lawan persatuan aku balik,..Hah??  Tapi entah kenapa, hati aku berat je nak pergi,..8 tahun kot,..selama ni ada je bola nak main, tapi aku takde team,..main bola jaring boleh la budak-budak ni,..



Sebenarnya takut jugak kalau tak boleh kawal diri, ter-over semangat, lain pulak jadi nya,..nanti tak nampak macam perempuan lagi dah,..hahhahah,…terutama aurat, kami semua tahu memang susah nak jaga, kalau sukan-sukan macam ni,..tapi kuatkan semangat, ni peluang kami untuk tunjukkan kat dunia, pakai tudung labuh tak kan halang kita dari bersukan,..dan bersukan tak semestinya kena bukak aurat. Kan??  Lagipun, niat pergi tu sebab nak rapatkan ukhwah antara kawan-kawan yang bukan akhwat,

  **well marketing plan,…hihi,..**

And the day arrived,….

Kokkkk~~Kokkk~~kokkk~~  * Ayam mengicau, azan kedengaran*

Mak aii,..sakitnya kaki,.macam malas je nak pergi tournament tu,.. Maunya tak??  Jumaat malam  pegi silat, Sabtu pagi terus training suksis,..latihan  jasmani pon dah penat tahap ultraman tak makan nasik, pastu teruskan ngan lawan futsal ngan senior pulak,….hah!!  Perit,….perit,…

Tapi sabar fatin, kejap je ni,..nak kuat mesti ada sakit, mesti ada penat, mesti ada air mata,.. Then, aku pegi la jugak perlawanan tu,..

***********************************************

“Pakai la sweater,..nanti fatin main bola ganas, macam semalam,..aurat macam tak best je,..” Akhwat tegur pasal futsal kelmarin, tapi tak kisah sangat since kat situ semua perempuan,..kecuali coach kami la,.. walaupun dah pakai baju muslimah, tapi still macam tak best je kan,..

“Aah,..okay,..” 

Tapi bila fikir balik,.alamak,..aku nak main futsal la,..kena lari sana sini,..panas kot!!  Nak pakai sweater lagi???  Ni bukan London lah!!

Waktu tengah tunggu turn masuk court, cuak jugak sebenarnya,…kami nak jaga aurat, tapi dalam masa yang sama, nak buktikan yang Islam bukan kat masjid je,…Aku main-main ngan perasaan sendiri,…selesa atau,….aaarghhh!!

Ape ni fatin?? Balik pada niat,..datang sini bukan nak lepas gian futsal je,  tapi ada agenda lain lebih penting.,..

Bila urusetia dah announce, kami masuk lah court,..dan Alhamdulillah,..aku decide pakai jugak sweater,..

Betul lah, kalau Allah tak izinkan sesuatu tu berlaku, benda tu takkan berlaku,..benda paling best aku dapat hari ni,..

1.      Aku sikit pon tak rasa panas, peluh bahang bagai..semua okay, cool je,..hahahha..dalam court memang main tak ingat dunia, kaki sakit tadi tak rasa dah…yang penting, SERANGGGGGG!!!

2.       Akhwat yang main sekali dengan aku, dia jatuh banyak kali, tapi seluar sikit pon tak koyak….bagi orang biasa main futsal, tahulah court dia macam mana,…jatuh sikit comfirm seluar koyak punya,….tapi sekali lagi Syukur, Allah jaga aurat dia,..walaupun seluar dia kain bukan tebal sangat pun,..

3.       Akhwat lain pun ada jatuh,.. *macam ganas je main kan??* 
yang bestnya, tempat jatuh tu tempat lain, tapi koyak kat tempat lain,…hahahhaha,…macam lawak kan?? Aku sendiri tengok kesan jatuh tu,..betul, kotor tempat lain,,..tapi koyak kat tempat lain yang ‘selamat’,…MasyaAllah!!

4.       Alhamdulillah jugak, waktu aku lawan persatuan aku sendiri (PEHARTA), mula-mula macam cuak lah,..takut~~ takut jadi isu bila aku balik kelas nanti,..tapi syukurlah Allah bagi aku kekuatan untuk lawan,..dengan tak breakfast, kaki sakit, esok ada test, kami menang jugak game tu,..Takbir!! 

Dan bila balik bilik, masing-masing letih nak study,…penat,..tiba-tiba aku jumpa kertas test tahun lepas yang senior bagi,…kami study kertas tu je kot,…instead of lecturer suruh baca satu buku yang tebalnya lebih kurang 2cm lebih, kami baca 2 muka surat tu je,….hahahhaa

Syukur, memang soalan test tadi keluar sejibik-sebijik macam tahun lepas,…ya Allah!!!!!!!!!!!!
Markah test 30% tu taklah banyak, tapi untuk student lemah macam aku, final belum tentu,..

Rahmat Engkau ya Rahman,….banyaknya,..

“wahai orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

Muhammad (47:7)

Friday 8 November 2013

Dalam Bas Lagi,...~~

Cuti mid sem hari tu, aku ambik kesempatan keluar ngan kawan-kawan matrik lama,..
Tapi bukan tu yang aku nak highlight kan. Cuma,…

Waktu nak balik, kami naik bas,…maklumlah Kedah xde LRT lagi,…InsyaAllah kalau aku dah besar, aku nak bangunkan kedah ni,.. *Bila dah besar??? HAhhaha,…*

Waktu nak naik bas, berebut ngan mamat-mamat bangla…aku agak mengalami kejutan budaya sebab kat UTM orang selalu okay je naik bas,..beratur gak la walaupun barisannya tak lurus,…kat sini berebut-rebut pulak,…Alahai,..Tak pe lah, aku bagi chance kat diorang,..

*Buat isyarat tangan, naiklah dulu*

Kebetulan, Allah takdirkan aku duduk sebelah mak cik ni,…kawan aku dah terbabas kat mana entah,..

“Anak tinggal mana??”, Makcik tu tanya aku.

“Hmm,..belakang hospital tu ja,..”

“Owh,…dekatlah…Rumah Makcik kat Langgar.”

“OOoo,..langgar,..Makcik datang sini sorang??”, Aku Tanya, walaupun sah2 dia sorang kan. Ok, soalan bodoh.

“Ya,..makcik datang kerja,…ni baru balik..”

*Kerja?? Makcik ni kerja apa kat sini. Bagi aku, pusat bandar ni selalu orang muda je yang kerja. Jarang golongan macam makcik ni yang kerja*

“Makcik kerja kat mana??” Aku tanya untuk dapat kepastian.

“Pacific nuh,..”

“Owh,…”

Pacific,…gedung beli belah tu?? Aik.

“Tiap-tiap hari ke makcik naik bas??”

“Selalu jugak,..tapi kadang-kadang anak mak cik hantar, ambik makcik naik motor,..sekarang dia cuti..tapi ikut orang berniaga..jadi makcik kena naik bas,…”

“Anak makcik baru tingkatan 4,..” sambung beliau. Jelas, dia ada bawak bersama sayur petola, dan lain-lain lauk untuk bawak balik rumah,..Nak masak untuk anak dia, mungkin.

“Esok jumaat,..makcik cuti ke??”

“Tak lah,..cuti hari rabu je,..kalau macam hari tu Awal Muharram jatuh hari selasa, dapatlah makcik merasa cuti dua hari,..”

*Aduh, sekali aku rasa muka kena tempelak dek rasa malu ngan mak cik ni*

*Tiba-tiba makcik tu dapat call, dia cakap on phone tu sampailah rumah aku,..aku tak sempat nak borak ngan dia lama-lama,..*

Gambar hiasan. Tak de pasal aku nak ambik gambar
 makcik tu..kang kena penampar sedasssss,..!!


Tapi apa yang aku dapat kat sini, kesian makcik tu.  
Kena kerja sampailah dia tua… Aku malu bila dia cakap dia cuti seminggu sehari je,…sedangkan aku, pemuda harapan bangsa lah konon, ada kudrat yang kuat, gagah,..cuti 2 hari,..tu pun kalau kuliah batal, merasa lah 3-4 hari cuti,..Training Sabtu pon dah mengeluh bagai,…Malu,…malu,..malu,…

Hebat makcik ni,..

Dan kedua, since aku jumpa senior Bahiyah kerja kat KFC,..dia cakap dia malas sambung belajar,..dia sendiri mengaku dia malas,.. aku bayangkan macam nil ah agaknya kakak-kakak dan abang-abang yang kerja supermarket tu,..tapi ada yang tak sambung belajar sebab tak de peluang, masalah kewangan family dan sebagainya,..yang ni aku tak kisah,…yang aku kisah, yang malas tu.

Ya, aku akui CEO kat dunia ni lahir dari golongan yang tak de pendidikan sangat pon, dan pendidikan bukanlah segala-galanya,…Ijazah terbaik datang dari jalanan, yang mengajarkan ilmu kehidupan,.. Kalau diorang usaha, boleh jadi pekerja cemerlang, pekerja contoh, sampai ke supervisor, pengurus cawangan, waima Boss sekalipun dan sebagainya,…

TAPI berapa ramai yang mampu jadi cemerlang macam ni?? Kalau 10%, lagi 90% jadi apa?? Mungkin di takuk lama, sampai tua,..

Aku tulis entri ni pun aku takut, takut jadi macam ni jugak…aku tahu, ijazah ni cuma kertas, tak de nilai, dan takkan ada nilai pon kalau kita tak berusaha nak tambahkan nilai dalam diri kita sendiri,..

Kakak-kakak, Abang-abang, tolonglah,…

BANGUNLAH!!!!!!!!!!

Berubah, atau anda akan selamanya begitu,…


Dan makcik ni jugak memberitahu aku sekarang ni, hidup tak selalu senang,..kadang-kadang kita tak de peluang nak buat apa yang kita buat, walaupun kita tahu kita mampu,..

Kita kena perjuangkan hidup, macam mana sekalipun, sesukar mana pun,...kita ada tanggungjawab,..makcik tu boleh je tak kerja, biar anak dia kerja,..tapi dia memilih untuk pikul tanggungjawab tu, demi anak dia,..

Saya Respect Makcik!!

Thursday 7 November 2013

Projek Mega Juta-juta

Waktu mid sem yang indah, tengah sembang-sembang ngan adik aku,..

Tiba-tiba,....

‘’eh. Dah 12.30 lah,…bye,..aku nak Qailullah jap,..nak tdo,..”

*Maka dunia yang gelap menyelubungiku,..hahaha,..poyo*

Tiba-tiba, ada orang pegang kaki aku. Alamak!! Ceh. Adik aku rupanya…

“Weyh,…dah azan. Bangunlah!!”

Terus tersentap. Pastu, bangun, betullah,.dah 1.15 pm,...kat luar tengah azan,..
Terus g toilet, solat..

Tiba-tiba jugak waktu tengah baca doa lepas solat, Allah mengilhamkan idea ni untuk aku,..
Panggil adik aku masuk bilik,..

“Faiz,…sini jap”

*Dia pon datang*

“Nah, ni hadiah sebab kau dah selamatkan projek 2 juta aku”

*Dia terkebil-kebil, tapi senyum sebab dapat hadiah,…hihi*

“Sebab apa??”

“Kau kejutkan aku solat zuhur tadi,…kalau tak, mungkin aku tak bangun awal. Tu lebih penting dari 2 juta”

“Owh,…hahaha,…thank you!!”

Aku bagi dia tshirt Nikon yang aku dapat waktu beli DSLR dulu,..walaupun free, aku sayang tshirt tu sebenarnya,…huhu,..tak pe ah,…rezeki dia,..

Gambar hiasan. Tak sempat ambik gambar..hahaha 



 "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)-


Kalau ni kubur kita, macam mana ye??
Renung-renungkan lah, saudaraku...




Saturday 2 November 2013

2 decade walking,.. (^_^)

Flashing back 20 years ago, on 27 October 1993 on Wednesday 3;50 pm, born a chubby baby girl with 3.3 kilogram weighted, crying with no means,..

Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!
Tu la aku,.. :) hihihi,..

Sengaja aku tak publish tarikh tu kat MukaBuku,..aku nak tengok siapa yang wish,…
Alhamdulillah,…ada kawan skolah lama, kawan matrik yang wish,..

*Syukur, ingat lagi diorang,…kuikuikui*

Malam tu, budak-budak blok buat prank,..main bedak lah bagai,..bagi hadiah,..bla,..bla,..bla,…
Bangun tido je ada card, kat celah buku ada card, banyak pulak aku dapat card tahun ni,..tahun lepas wish pon tak dapat,…hahhahaha,…Alhamdulillah,…berkat dhuha barangkali,..

~Habis laptop aku kena bedak, budak-budak ni main~


Tapi dalam banyak-banyak ucapan,..aku cuma nak,..

Jangan doakan aku panjang umur,..
Sebab umur panjang buat dosa aku makin bertambah,..
Tapi doakanlah aku dikurniakan umur yang berkat, setiap saat berguna dalam mentaati Sang Pencipta,..

Jangan doakan aku dimurahkan rezeki,..
Sebab rezeki yang banyak buat aku makin haus,..
Tapi doakanlah aku rezeki yang cukup, sehingga tak perlu mengharapkan jasa orang lain selain Allah,..

Jangan doakan aku bahagia hingga akhir hayat,..
Kerna bahagia itu buat aku makin  jauh dari Kekasihku,..
Tapi doakanlah aku kuat dan tabah dalam mengharungi cubaan dan dugaan dari Maha Penyayang,..

Doakanlah aku menemui syahid, sebagai mujahidah agama Allah yang suci ni,..

Aku dah 20 tahun,…Sultan Muhammad al-Fateh dan jadi Sultan waktu umur macam aku ni,..
Aku apa ada??  Tada papaaaa,…so aku nak buat apa hah???


Lets start with Amar Makhruf Nahi MUnkar,….yuk!!!


ISK i'm cominggggg!!!!!! Aduh, Tersungkur!!

Dari semester lepas, aku nak pergi satu program ni,..ISK,..ataupun boleh kita sebut,..INI SEJARAH KITA,..

“Sejarah?? Hahahahaha,…sounds boring… Kenapa kau nak pergi, Fatin??

Sebab aku dengar ramai akhwat berubah jadi lebih baik lepas join program ni,..

“Dah diorang memang baik,…join program ape pon jadi baik lah,..”

Tak lah!!! Ni lain punyaaaaaa,….diorang jadi baik bukan sebab disuruh jadi baik,..tapi diorang ada kesedaran,….entah lah nak cakap,..tapi aku memang nak join program tu,..

“Hmmmmm,….Sounds good!!”

Time pass in a blur, it has been about 5 months waited for that moment,,…

YEAYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! MINGGU DEPAN ADA ISK…!!!!

Maka bermulalah kegiatan mengajak-ngajak kawan, mengula-gula kawan,..menarik-narik kawan,..menghasut….  *erk. Tu bukan*

Dan dengan itu, syukur Alhamdulillah ramai kawan aku nak join sekali,…bestnya!!

Tik,…Tok,…Tik,…Tok,…
Sampai la satu saat, lagi 2 hari dah nak ISK,..

Entah kenapa, badan aku jadi lemah,..rasa macam nak demam,..badan panas,..

Dan bila esok tu nak ISK, badan aq jadi gatal-gatal,..aku dah mandi Dettol, aku dah letak minyak panas, dan aku dah cuba untuk tak garu, tapi still gatal,..
Ya Allah, malam tu aku niat, kalau Allah izinkan aku pergi ISK esok, mesti bangun tidur ni aku dah sembuh.

Tapi yang berlaku, sebaliknya. Keadaan masih sama. Aku still lemah, gatal-gatal tu ada lagi,..
Pastu, ada akhwat masuk bilik, tengok keadaan aku,..ada yang datang bagi ubat sapu. Aku bagitaw dia, yang aku tak dapat nak join. Okay,…diorang faham. Alhamdulillah,…
Aku bangun, mandi, siap, pastu akhwat lain pulak call, nak bawak aku pegi klinik...

*Syukur, ramai jugak care pasal aku,…hahaha*

Waktu pegi klinik tu pulak, ramai orang, plus kad matrik yang aku scan tu tak detect,…maknanya aku kena tunggu lebih lama sebab orang yang datang lewat dari aku dah overtake giliran aku,…

*Hmmm,…memang Allah nak uji aku,..* Hahahha*

Balik klinik, sapu ubat, makan ubat pastu ngantuk. Aku tido, petang tu lepas asar dah sembuh dah,..Memang gatal-gatal tu dah hilangggggggggggg, dan badan aku dah jadi kuattttttttttt,……
Yeayyyyyyyy!!!!!!!   Dah Sembuh!!  Alhamdulillah,…

Malam tu, dalam bilik sorang-sorang, sebab rumate aku xde, dia bizi,..hari ni aku tak nampak lagi batang hidung dia..

Aku terfikir,..Kenapa ya, kalau reverse masa 24 jam dari sekarang, mesti aku dah boleh join kawan-kawan aku yang lain,..tapi kenapa waktu ni jugak Allah nak uji aku?? Waktu lain tak boleh ke??
Aku dah lama tunggu waktu ni,..bila dah sampai, jadi macam ni pulak,..

Jeng!! Jeng!! Jeng!!

Bila fikir-fikir balik, aku mengaku,..mungkin niat aku dah berubah waktu tu,..mulanya memang aku join sebab aku nak join,..aku nak berubah,..aku nak faham apa yang akhwat lain faham,..aku nak tahu apa yang akhwat lain tahu,..
tapi sebab kawan-kawan baik aku ramai yang pegi, niat aku sedikit berubah…aku rasa macam nak pegi tu sebab nak belajar 60%, nak enjoy ngan kawan-kawan 40%,…

Sekarang baru aku tahu kenapa Allah bagi aku penyakit tu, di saat-saat penting ni,..Allah tak nak aku pegi tu sebab kawan,…Allah nak aku pegi tu sebab Dia je,..Yes, Only Him, only Him, and Only Him,…

SEMUANYA SEBAB NIAT

Hahahhaha,….Allah tu sweet kan??

Lagipun 36 jam dalam bilik sorang-sorang, aku ada masa untuk diri sendiri,..selalu bizi je,..hari ni training 
suksis pon aku tuang,..meeting x pegi,…silat semalam pon ponteng,..hahhaha,…


~~Perancangan Allah tu memang yang terbaik !!~~